Categories
Price Range
    Manufacturers
    Themes

    Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) ditubuhkan pada Tahun 2016 sebagai satu usaha untuk merancakkan aktiviti penterjemahan, memperkaya perbendaharaan ilmu dan khazanah bacaan bahasa Melayu.

    IBDE memberi tumpuan kepada kegiatan penterjemahan dan penerbitan karya-karya penting dunia merangkumi karya-karya falsafah, sastera, dan bukan sastera. Ia dikelola oleh sekumpulan tenaga profesional berpengalaman dan turut melibatkan individu-individu berkelayakan.

    Sasaran jangka panjang projek ini ialah untuk memperkaya khazanah bacaan berbahasa Melayu yang bakal terhasil menerusi kegiatan penterjemahan dan penerbitan.